JOM WAKAF MUSHAF AL-HAFIZ

JOM WAKAF MUSHAF AL-HAFIZ

PELABURAN YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN!

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]


MashaAllah, dengan pelaburan hanya RM10, kita berpeluang mendapat pahala yang berterusan hingga akhirat!

Bayangkan al-Quran yang kita infaqkan ini digunakan untuk menghafal dan mengulang-ulang bacaan al-Quran, dan dijaga hafalan tersebut sehingga akhir hayatnya, berapa kali ganda pula ganjaran yang diberikan kepada kita yang menyumbang?

Jadi tunggu apa lagi?

Jom infaq bersama kami!

=======================================

 KENAPA MUSHAF AL-HAFIZ? 

Mushaf ini merupakan hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan oleh barisan penyelidik UniSZA dan UMT untuk meningkatkan kualiti hafazan al-Quran.

Sebuah mushaf komprehensif untuk penghafaz al-Quran telah dibangunkan dengan memfokuskan kepada wakaf ibtida', lafaz ayat mutasyabihat, tajwid dan pembahagian hafazan dan murajaah yang menjadi komponen penting dalam hafalan al-Quran. Dan semestinya mushaf ini telah mendapat kelulusan daripada JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

=======================================

"MUSHAF AL-HAFIZ UNTUK PARA HAFIZ"

Kami mensasarkan hasil kutipan yang akan dapat memanfaatkan seramai sekurang-kurangnya

10,000 pelajar tahfiz kategori ASNAF dan B40.




Mudah-mudahan tangan kita menjadi asbab sampainya al-Quran al-Hafiz ini kepada anak-anak tahfiz di luar sana. Jom sertai kami!


=======================================

REBUT PELUANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA PEWAKAF

MUSHAF AL-HAFIZ HARI INI !

"Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya".

(Hadis Riwayat Muslim)

Raih fadhilat sedekah untuk kebahagiaan akhirat kita =)

=======================================

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami melalui: http://www.wasap.my/601125525981/kempenhafiz (Cik Aina)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
1 BAHAGIAN A5/B5 (RM10.00)
BELUM MULA
1 NASKHAH SAIZ A5 (RM 60.00)
BELUM MULA
1 NASKHAH SAIZ B5 (RM 75.00)
BELUM MULA
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN